Muslim Forever

Demi Masa

Wednesday, November 16, 2011

Kem Minda Kreatif 2011 -Kedah-

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t..

Ibu bapa sudah ada perancangan untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak anda??
Adik-adik??

Jangan biarkan masa yang terluang anak-anak anda berlalu begitu sahaja.

Sertai kami di Kem Minda Kreatif (KMK) yang diadakan di setiap negeri.

Apa itu KMK??
KMK atau Kem Minda Kreatif merupakan Program Perkhemahan Remaja HALUAN peringkat negeri yang diadakan setiap tahun. KMK dianjurkan oleh Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) peringkat negeri. Penyertaan untuk kem ini, terbuka kepada semua pelajar yang berumur 12-17 tahun.

Kem Minda Kreatif diadakan di negeri2 di seluruh Malaysia.
Tema KMK pada tahun ini ialah 'Remaja Dinamik, Kehidupan Fantastik'

Antara objektif Kem Minda Kreatif ialah:
1. Membina kesedaran asas keyakinan diri dan menjauhkan diri dari gaya hidup yang tidak sihat.
2. Mewujudkan jalinan setiakawan dalam kalangan rakan sebaya.
3. Memupuk kemahiran hidup dan sifat berdikari.
4. Melatih kecergasan dan ketahanan minda dan fizikal.
5. Memperkenalkan gerak kerja berorganisasi.
******


Jom beramai-ramai sertai kami, kakak2 & abang2 fasilitator yang ceria di Kem Minda Kreatif (KMK) 2011 Kedah. Terbuka kepada adik-adik yang berumur 12-18 tahun. KMK ini akan diadakan pada 25-27 November 2011, bertempat di Bendang Man Sik, Kedah. Yuran penyertaan adalah RM60 bagi seorang dan RM55 pada bilangan seterusnya,seorang. *adik beradik sahaja!*

Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi wakil kami:
Cikgu Zamri : 013-4514345
Abu Ubaidah : 0136284940


Pendaftaran telah dibuka sekarang sehingga 20 November 2011. Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook kami KMK.

Tuesday, November 15, 2011

Kumbang dan Bunga


Wahai Sang Kumbang...
Kau diberi kelebihan untuk menghisap madu bunga-bungaan,
Kau diberi peluang memeliharanya dengan kudrat tangan,
Kau diberi mandat membetulkan lenggokan bunga-bunga yang harum di taman,
Harus kau ingat amanah ini bukan mainan mahupun satu kebanggaan.

Wahai Sang Kumbang...
Tatkala Kau bertaut pada bungaan yang berduri,
Janganlah sesekali Kau kasari dengan kerakusan hati,
Kerana baginya itulah satu-satunya perisai diri,
Sebaiknya Kau belailah ia dengan kasih sayang dan rasa takwa kepada Ilahi.

Wahai Sang Kumbang...
Janganlah sesekali Kau meleraikan kelopak bunga yang sedang berkembang,
Janganlah sesekali Kau mencemarkan bunga-bunga yang indah dipandang,
Janganlah sesekali Kau patahkan ranting untuknya bertaut meneruskan kehidupan,
Janganlah sesekali Kau menjadi kumbang yang cacat dan menjengkelkan.

Wahai Sang Kumbang...
Ingatlah kuntuman bunga-bunga ini mendambakan kehidupan abadi,
Bukanlah kehidupan sejenak yang menjanjikan kebahagiaan sementara ini,
Ingatlah bunga-bunga ini bukan untuk santapanmu yang bernafsu berahi,
Tetapi bunga-bunga ini amanah kepadamu untuk kau hayati dan hargai.

Wahai Sang Kumbang...
Kau bebas terbang dan bertaut di Bunga yang kau dambakan,
Namun, perlu Kau ingat bukanlah nafsu yang harus menjadi ukuran,
Cukuplah sekadar apa yang kau mampu untuk hadamkan,
Semarakkanlah ia dengan baja-bajaan yang diamanahkan.

Wahai Sang Kumbang...
Janganlah dirimu terbang menghisap madu dan berlalu pergi,
Usah bebankan hati Bunga yang tidak mampu terbang tinggi,
Setialah di situ dan didiklah ia dengan kasih yang suci,
Semoga Kau bisa menjadi Kumbang yang sentiasa dirahmati.

Pengorbanan : Bagaimana Kita Meletakkan Nilainya?


Pengorbanan. Senang dituturkan mungkin. Tetapi pelaksanaannya sendiri memerlukan pengorbanan. Ya, untuk berkorban, memerlukan pengorbanan. Untuk melakukan pengorbanan, memerlukan kita untuk berkorban.

Payah bukan? Kerana pengorbanan bukan sesuatu yang senang, ramai yang meninggalkannya. Ramai yang menghindarkan diri daripada berkorban. Melainkan orang-orang yang tinggi imannya mampu berkorban dengan sebenar-benar pengorbanan.

Nabi Ibrahim sendiri apabila diperintahkan supaya menyembelih anaknya sendiri (Nabi Ismail), hati merasakan sungguh berat untuk berbuat demikian. Bayangkan seorang anak yang begitu disayangi, perlu disembelih dengan tangan sendiri. Tetapi dengan iman yang tinggi dan keyakinan yang teguh, "ALLAH" diletakkan di tempat yang tertinggi. Sehingga tiada yang layak diutamakan melainkan hanya DIA.

Kerana kepatuhan Nabi Ibrahim dan kesanggupan anaknya Nabi Ismail, Allah memberikan balasan yang sebaiknya buat mereka. Nabi Ismail tidak disembelih, malah digantikan oleh Allah dengan seekor 'kibasy' untuk dikorbankan. Begitulah tingginya keimanan mereka yang membawa hati menjadi ikhlas untuk berkorban.

Pengorbanan yang merentasi rasa sayang ayah kepada seorang anak, demi mendapatkan redha dari Allah yang dicintai. Allahuakbar. Peristiwa inilah di sebalik hari yang kita rayakan iaitu hari raya korban. Sungguh, Allah mahu kita mengambil iktibar dari peristiwa ini. Jangan kita hanya seronok beraya, tetapi tidak mengaut ibrah yang di sebaliknya.

Persoalannya,

Bagaimanakah pula nilai pengorbanan pada kita? Adakah hanya menumbangkan seekor lembu sudah dikira pengorbanan yang sebenar-benarnya? Sangat jauh lagi untuk kita gapai jika hanya itu sekadar pengorbanan yang kita faham.

Dalam konteks kita sendiri. Hamba dengan Pencipta kita sebagai contoh. Apakah terdapat pengorbanan yang kita persembahkan buat Kekasih kita yang telah memberikan kita segala-galanya? Apakah terdapat sesuatu yang kita lakukan tanda kita mencintaiNya? Jom koreksi diri.

Kadang-kadang kita menyatakan cinta. Tetapi perbuatan kita, ucapan kita, jarang sekali memaksudkan apa yang kita katakan. Sedarkah kita? Kita mengaku kita cinta kepada Allah, tapi dalam masa yang sama kita juga lokek dalam memperuntukkan masa kita denganNya. Tak mahu korbankan masa. Takut ketinggalan pula drama di televisyen.

Kita mengaku sebagai umat Nabi Muhammad, tetapi sangat berkira untuk berkorban dan bersama-sama dalam perjuangan yang diwariskan oleh baginda. Takut jika masa diluangkan untuk menyampaikan dakwah islam, tidak sempat pula nak bersuka ria.

Begitukah kita? Sungguh berbeza hati dan mulut kita. Mulut menuturkan sayang dan cinta, tapi hati tidak rela untuk berkorban deminya. Salahkah kita jika berkorban masa seminit dua untuk berzikir dan meletakkanNya dalam hati kita. Susahkah untuk berkorban tenaga dan masa untuk berdakwah mengajak manusia. Sungguh berkira rupanya kita.

Kesimpulan

Pengorbanan itu tidak akan menjelma melalui diri yang selalu berkira. Berkira untuk sedekah. Berkira untuk beribadah. Berkira untuk berselawat pada Rasulullah. Dan berkira dalam melakukan setiap hal. Tidak akan lahir rasa ingin berkorban jika diri selalu berkira-kira. Lalu apakah nilai pengorbanan pada kita jika kitalah orang yang berkira itu? Tiada. Ya, tiadalah nilai yang dapat kita capai. Orang yang berkira sudah tentu susah dan mungkin sekali tidak mahu langsung berkorban. Jadi, masakan pula orang yang tidak berkorban dapat merasa nilai pengorbanan itu? Tentu tidak, bukan?

Begitulah. Diri kita yang menentukan sejauh mana nilai pengorbanan itu pada diri kita. Semakin tinggi kita berkorban, semakin tinggilah nilai pengorbanan tersebut. Dan begitulah sebaliknya. Untuk permulaan bagi meningkatkan momentum pengorbanan kita, hayatilah kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dengan sebenar-benar penghayatan. Penghayatan sehingga mampu meningkatkan momentum pengorbanan dalam diri kita untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Dan juga pengaplikasiannya dalam memperjuangkan islam, satu-satunya agama yang Allah redhai.

Semoga dengan sebingkis peringatan ini, kita sama-sama mendapatkan manfaat dan kebaikannya. InsyaAllah.

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu)." (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

- Artikel iluvislam.com

Bila Anda Pernah Keseorangan?


jika kita merasa kesunyian, berzikirlah atau bersolatlah kerana disitu adalah hubungan utama kita dengan Allah Swt. Hubungan dengan Allah Swt lebih bersifat kerohanian kerana ia adalah berkaitan dengan ruh dan hati.

Tatkala kita merasa sunyi tanpa hubungan dengan manusia, sunyi itu membawa kita lebih mengingati Allah Swt. Barangkali rasa sunyi itu petanda untuk kita lebih tunduk dan khusyuk kepada Allah Swt. Ketika itu, mintalah bantuan Allah Swt, pengampunanNya, RahmatNya, Kasih SayangNya, HidayahNya untuk memenuhi ruang hati kita sehingga kita benar-benar cinta kepada Allah Swt.

"Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau di dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata: ya Tuhan kami sesungguhnya tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksa neraka". (Surah Ali-Imran ayat 191)

"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram".(Surah Ar-Ra'd ayat 28)

Anda Tidak Pernah Keseorangan!!!

هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ۬ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا يَلِجُ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَمَا يَخۡرُجُ مِنۡہَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ وَمَا يَعۡرُجُ فِيہَا‌ۖ وَهُوَ مَعَكُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡ‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ۬
Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
(Surah Al-Hadid 57: Ayat ke 4)

UJIAN HIDUP ADALAH SUNNATULLAH

“ Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan berkata : ‘kami beriman’, padahal mereka belum di uji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah betul-betul mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Ia betul-betul mengetahui orang-orang yang berdusta “ (QS. Al- Ankabut :2,3)
Pemahaman terhadap ujian dan hakekat kehidupan juga sangat perlu dimiliki oleh mereka yang merasa dan mengaku diri sebagai muslim dan mukmin. Sebab keimanan itu tidak diakui begitu saja sebelum terbukti lulus ujian, seperti dalam firman Allah Swt tersebut diatas.
Beratnya ujian sesuai dengan bobot kualitas seseorang. Manakala imannya kuat, maka beban ujiannya juga berat. Dan yang paling berat ujiannya adalah para nabi. Rasulullah Saw bersabda : “ Manusia yang (menghadapi) cobaan paling berat adalah para nabi, kemudian orang-orang yang shalih, kemudian yang berikutnya. Seseorang mendapatkan ujian sesuai dengan tingkat keagamaannya. Bila agamanya kuatakan bertambah ujian baginya “ ( HR. Bukhari ).
Macam-macam ujian :
Ad-dunia darul bala’wal mihan (dunia tempat ujian dan cobaan). Kalau kita perhatikan memang hidup ini berisi ujian (ibtila’) baik itu ibtila’ bil khair (ujian yang berbentuk kenikmatan) maupun ibtila’ bin bisyar (cobaan berupa keburukan). Untuk memahami bentuk ujian yang ada di sekitar kita, dibawah ini disebutkan beberapa diantaranya :
Penderitaan
Tekanan dan penderitaan hidup merupakan salah satu bentuk ujian bagi keimanan seseorang. Betapa kita melihat sementar orang yang mengeluh karena kesulitan-kesulitan yang ia hadapi. Oleh karena itu ketegaran dan keteguhan hati sangat diperlukan.
Namun demikian, para sahabat yang menyaksikan betapa beratnya penderitaan yang menimpa mereka mencoba menghadap Rasulullah Saw mengusulkan agar beliau memohon kepada Allah Swt untuk meringankan derita yang menimpa sahabat mereka. Mereka khawatir kalau-kalau keimanan para sahabat yang disiksa itu berubah.
Tapi Rasulullah Saw menanggapi hal itu dengan tenang dan bersabda : “ Sesungguhnya umat sebelum kalian menghadapi siksaan yang lebih berat dari itu, diantara mereka ada yang digergaji hingga terbelah badannya, mereka tidak bergeser dari keyakinannya, mereka juga ada yang disisir dengan cakar dari besi hingga terkelupas daging dari tulangnya, namun mereka tetap kokoh dengan aqidahnya. Demi Allah! Allah pasti akan menyempurnakan urusan (agama) ini, sehingga seorang pengembara dapat dengan aman berjalan dari Shan’a (Yaman) ke Hadharamaut, ia tidak takut kecuali kepada Allah dan (khawatir) kepada srigala (yang mengancam) kambingnya, tapi (sayang) kalian (terlalu) terburu-buru “. (HR. Bukhari).
Keluarga dan Anak
Idealnya keluarga diharapkan dapat memberikan kesejukan, ketentraman dan kasih sayang yang mendukung berjalannya tugas manusia sebagai hamba Allah Swt, demikian juga anak. Namun tidak sedikit kita saksikan dalam realitas sosial tidak demikian, bahkan anak dan istri menjadi kendala dalam kehidupan.
Idealitas dan hamasah (semangat) yang tadinya menyala sedemikian rupa meredup, ruhul jihad dan hubbud da’wah sirna hanya karena pengaruh keluarga tadi. “ Otang-orang Arab yang tidak ikut berjuang berkata : Harta dan keluarga kami telah menghalangi kami “ 9 QS. Al-Fath : 11).
“ Wahai Rabb kami, anugerahkanlahkepada kami istri dan keturunan sebagai penyejuk mata hati (kami), dan jadikanlah kami iman bagi orang-orang yang bertaqwa “ ( QS. Al-Furqan : 74)
Harta
Mal (harta) merupakan salah satu unsure kekuatan yang digunakan sebagai penyangga gerak laku dakwah Islamiyah. Jadi harta dimanfaatkan dan dikendalikan untuk mendukung tugas ibadah kepada Allah Swt. Namun, dalam kenyataannya kita melihat tidak sedikit orang yang diperbudak oleh hartanya. Memang harta bisa menjadikan fitnah hidup.
Harta dunia bukan tujuan, tapi sarana yang tidak dilupakan. Firman Allah Swt : “ Dan carilah apa yang Allah karuniakan kepadamu dari kehidupan akhirat, dan janganlah kamu melupakan bagianmu dari (kenikmatan) dunia “ (QS. Al-Qashash : 77 ). Manakala harta ditempatkan buka pada tempatnya, maka berarti ia terserang penyakit Wahn yaitu terlalu mencintai dunia dan takut menghadapi resiko. Itulah awal kehancuran imannya. Naudzubillah.
Syakhshiyah (Kepribadian)
Manusia di antara satu denga lainnya ada kelebihan dan kekurangannya. Keutamaan yang diterima seseorang tidak boleh menjadikan angkuh dan sombong, demikian pula kekurangannya tidak membawanya kepada kecil hati dan merasa hina. Pada hakekatnya kesemuanya itu berasal dari Allah Yang Maha Kuasa.
Nami Sulaiman As ketika merasakan bahwa dirinya dikaruniai Allah kekuasaan dan kemampuan untuk mengendalikan manusia, jin dan hewan.
Keterasingan Aqidah
Pergeseran nilai di tengah-tengah masyarakat karena gencarnya ghazwul fikri yang didukung sarana canggih. Di samping kelemahan daya tahan imani kaum muslimin menjadikan orang0orang yang istiqamah terasing. Mereka dianggap aneh, bahkan julukan-julukan menyesatkan diarahkan kepada mereka, seperti : ekstrem, fundamentalis, kolot, puritan, terbelakang, tidak intelek, anti modernisasi dan ungkapan-ungkapan tak berharga lainnya.
Bagi mereka yang berimanannya lemah akan goyah dengan hembusan angin fitnah. Tapi muslim yang mustaqim, mempunyai pemahaman Islam yang syamil dan kamil (utuh dan menyeluruh), baginya tidaklah mengapa, sebab ia memahami hadits Rasulullah Saw : “ Sesungguhnya Islam itu bermula dalam keadaan asing, dan akn kembali menjadi asing sebagaiman semula. Maka berbagagialah orang-orang yang asing (karena aqidahnya) “. (HR. Muslim).
Dalam riwayat lain diterangkan, ghuraba’ itu adalah orang yang senantiasa berbuat baik ketika orang lain berbuat kerusakan. Artinya mereka tetap beriltizam (komited) kepada nilai-nilai dan prinsip Islam walau lingkungannya rusak

Oleh : Drs. M. Abdul Muis, Lc (LKIK)

Pengemis yahudi dan Rasulullah SAW

Pengemis yahudi dan Rasulullah SAW




Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.
Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu?
Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,
Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata,
Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....


Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW?
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?
MasyaAllah.. ..macam meter taxi...jalan terus.

Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.

2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.

4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat hasanah.

6. Bagi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. Bagikan Artikel ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Aminnnnnn...

Monday, November 14, 2011

Adakah Istilah 'Ringan-Ringan' Dalam Dosa?




Seiring dengan usaha kita membina kekuatan iman bersulam taqwa, wujud pula penghasut paling bahaya iaitu syaitan. Ia tidak pernah berputus asa membisikkan keraguan ke dalam hati kita. Di samping mengaburi mata kita dengan tipu dayanya. Untuk itu, kita perlu kenal pasti laluan syaitan ketika memperdayakan akidah, kepercayaan, pegangan dan keyakinan kita.

Apabila kita amati puncanya, dapatlah diketahui bahawa hasutan syaitan itu banyak menyusup melalui pandangan dan renungan mata!

Kenapa pula pandangan mata perlu dipersalahkan?

Bahaya Panahan Mata Syaitan

Sesungguhnya pengaruh penglihatan itu sangat kuat.

Kuat sangat ke?
Memang kuat!

Kerana ia dikaitkan dengan desakan nafsu. Sebab itulah Rasulullah mengumpamakan pandangan mata seperti anak panah beracun iblis untuk menggoda manusia. Setiap masa pandangan mata mesti dijaga. Sama ada terhadap mereka yang menutup aurat mahupun yang tidak menutup aurat.

Telah berlaku di zaman Rasulullah, ketika Al-Fadhl bin Abas menunggang unta Rasulullah dalam perjalanan dari Muzdhalifah ke Mina, mereka bertembung dengan beberapa wanita yang menaiki unta. Al-Fadhl memandang ke arah wanita itu lalu Rasulullah memegang kepala Al-Fadhl dan memalingkannya ke arah lain.

Begitu sekali larangan yang Rasulullah maksudkan. Jika pandangan itu dibolehkan tanpa batasan, sudah tentu Rasulullah biarkan saja perlakuan Al-Fadhl.

Rasulullah juga pernah bersabda kepada Saidina Ali :

"Wahai Ali, janganlah engkau susuli satu pandangan dengan satu pandangan lagi, kerana yang pertama menjadi bahagianmu dan yang kedua bukan lagi menjadi bahagianmu (dosa atasmu)." (HR Ahmad, Al-Tirmidzi dan Abu Daud)

Jadi?

"Jika mata sentiasa dikawal, sudah tentu hati akan jadi tenang. Mudahlah melaksanakan ketaatan dan beribadah kepada Allah. Sebaliknya, mata yang dibiarkan MELIAR dan tidak dijaga akan mengotori jiwa dan merosakkan hati hingga menjerumuskan kepada kemungkaran."

Urusan mengawal pandangan ini tidak hanya di kalangan lelaki sahaja. Dituntut sama sahaja buat perempuan juga. Malahan perlu berlaku kerjasama kedua-dua pihak. Tidak satu pihak menjaga tatatusila, sedangkan satu pihak lagi menggoda. Perkara ini mesti diberi perhatian serius!

Ibnu Abas pernah berkata :

"Kedudukan syaitan dalam diri orang laki-laki itu ada tiga tempat iaitu, pada pandangannya, pada hatinya dan pada ingatannya. Manakala kedudukan syaitan dalam diri wanita juga ada tiga iaitu pada lirikan matanya, pada hatinya dan pada kelemahannya."

Pandangan Yang Tidak Sengaja Bagaimana Pula?

Rasulullah ketika ditanya mengenai pandangan yang tidak disengajakan atau secara tiba-tiba, baginda memerintahkan supaya mengalih pandangan dan mengelak daripada mengulanginya lagi. Kesan pandangan kedua akan lebih buruk kerana iblis mengambil kesempatan menambahkan racun hasutannya.

Rasulullah juga ada bersabda :

"Pandangan mata itu laksana anak panah iblis. Barang siapa menahan pandangannya dari keindahan wanita, maka Allah mewariskan kelazatan di dalam hatinya yang dia dapat rasakan hingga dia bertemu Allah."

Jelingan dan kenyitan mata akan mempelawa hati mendorong perlakuan lebih berani.

Bagaimana ye?

Bersentuhan berlapik, menginjak kepada tidak berlapik. Kemudian berpegangan tangan dan berdua-duaan di tempat terang dan juga sunyi boleh mengundang berlakunya maksiat. Sentiasalah memelihara diri kita daripada melakukan perbuatan yang dimurkai Allah.

Pastikan orang lain tidak menanggung dosa atau terdorong untuk turut melakukan dosa. Jika kamu tidak menggoda, pasti orang lain tidak ternoda. Jagalah pakaian ketat dan cara pergaulan kamu. Tepati maksud firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2 :

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa. Dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah sangat berat seksa-Nya."

Pergaulan Yang Tidak Dijaga

Dengan batas-batas pergaulan itu kita dapat mengawal diri daripada perlakuan yang memalukan dan membahayakan kehormatan. Pergaulan yang tidak dijaga akan menimbulkan fitnah seperti pandangan buruk dan rasa cemburu orang yang memandang.

Kemesraan bergurau senda dan bergelak ketawa antara lelaki dan wanita bukan muhrim akan diambil peluang oleh syaitan untuk menjerumuskan kita kepada perbuatan yang tidak disukai oleh Allah. Jika keluar berdua-duaan lebih-lebih lagi di tempat sunyi dan tersembunyi akan mengundang pihak ketiga iaitu syaitan. Di sini syaitan berpeluang membisikkan kata-kata jahat.

Islam sama sekali tidak mengongkong umatnya! Bahkan Islam adalah agama yang paling selamat. Justeru Islam telah mengatur sebaik-baik batasan supaya jangan timbul bibit-bibit yang mendorong kepada perlakuan sumbang dan zina.

Dari itu, ingatilah amaran Nabi Muhammad kepada wanita dan lelaki bukan muhrim yang tidak menjaga batas pergaulan.

"Sesungguhnya Allah telah menetapkan atas diri anak Adam bahagiannya daripada zina. Dia mengetahui yang demikian itu dan tanpa dimungkiri :

Mata itu berupaya berzina dan zinanya adalah pandangan.
Lidah itu berupaya berzina dan zinanya adalah perkataan.
Kaki itu berupaya berzina dan zina adalah ayunan langkah.
Tangan itu mampu berzina dan zinanya adalah tangkapan keras.
Hati itu berupaya berkeinginan dan berangan-angan.
Sedangkan kemaluan membenarkan atau mendustakan yang demikian itu."
(HR Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa'i dan Abu Daud)

Berhati-Hatilah Sahabatku!

Laraskan hati kalian di landasan kebenaran. Sesungguhnya hati yang terpelihara dari menjurus kepada sebarang keburukan sentiasa mendorong pemiliknya kepada keredhaan Ilahi. Akhirnya layak beroleh kebahagiaan hakiki lagi abadi.

Tidak ada istilah "ringan-ringan" dalam soal dosa. Dan tidak ada istilah "ringan-ringan" dalam berzina. Setiap perbuatan dosa adalah berat di sisi Allah. Dosa kecil yang diulang-ulang akan bertompok menjadi besar.

Wahai kedua mata, kau nikmati pandangan lalu kau susupkan kepahitan ke dalam hati. Hatilah yang memaksakan kehendaknya, kerana hati dan mata tidak tunduk kepada Pencipta.

- Artikel iluvislam.com